Saya katakan kepadanya, teknik (memuji) ini juga tidak mudah pada peringkat permulaan. Ada dua perkara yang sering akan membuat kita sedikit kekok dan kurang yakin;
- Masalah membina ayat memuji. Saya memang agak kekok bila mahu memuji (kerana bukan kebiasaan), apatah lagi menggunakan ayat-ayat yang formal dengan anak-anak. Pada peringkat permulaannya, saya lebih banyak meniru contoh-contoh ayat dari blog-blog pelopor teknik nabi ini (rujuk blog USK, Cikgu Khairulaniza & Ustazah Nurhidayah), juga dari contoh-contoh warga alumni bengkel teknik nabi. Tetapi kemudiannya saya sedikit "melanggar pantang", saya turut menggunakan bahasa yang lebih sesuai dengan anak-anak saya. Mungkin ini salah, tetapi saya melihat kesannya masih lagi terkawal. Antaranya; "Fuyyyyooo! Cantiknya tulisan jawi abang. Poweeeerrrrr!", sambil kedua-dua tangan menunjukkan tanda bagus. Di sini saya menggunakan dua ganjaran sosial positif iaitu pujian (fuyyo, power) dan juga bahasa badan (tanda bagus, senyum/sengih).
- Penerimaan orang yang dipuji juga kadang-kadang tidak seperti kita harapkan. Mereka agak skeptikal, terasa seolah-olah diperolokkan bila dipuji-puji. Memang telah ditekankan oleh pelopor-pelopor pengamal teknik ini apabila sesuatu kebiasaan/kelaziman mahu diubah secara tiba-tiba, tahap penerimaannya agak pelbagai. Saya suka untuk berkongsikan poster yang dibuat oleh Cikgu Khairulniza di Facebook. Apabila mengamalkan teknik ini, jangan lah kita mengharapkab perubahan serta merta.
Sumber FB : Khairulaniza Khairuddin
Blog : Cikgu Khairulaniza
Kembali kepada kisah isteri saya. Semalam kami berchatting di gTalk. Isteri saya menceritakan perihal Ustazah Nur Hanis mahu "tuang" solat Maghrib. Ah! Sudah masuk hari kelima, anak comel ini sudah mahu "menyerah kalah"? Hari itu saya tidak ada di rumah, jadi tugas memastikan anak-anak solat saya serahkan kepada isteri tersayang. Isteri saya katakan beliau tidak berapa yakin mahu mengaplikasikan teknik memuji dan tidak pasti pula dengan teknik yang lain. Jadi beliau hanya menggunakan naluri keibuannya memujuk Ustazah Nur Hanis.
Bayangkan. Ustazah Nur Hanis mahu minum susu, sambil baring menonton telivisyen pada waktu Maghrib!
Allah Maha Besar. Saya sungguh terpersona dengan tindakan isteri saya menangani situasi itu. Ummi tidak marahkan Ustazah Nur Hanis. Malahan tidak bertanyakan sebab kenapa Ustazah Nur Hanis tidak mahu bersolat. Sebaliknya Ummi Nur Hanis menerangkan terus akibat perbuatan anak kecil itu.
"Adik, syaitan tu suka sangat dengan orang yang tak solat. Jadi bila adik tak solat dan tengok tv, dia suka sangat. Nanti dia pon tengok (menonton) sama (adik)"
Hebat. Hebat. Dalam tidak kepastian Ummi Nur Hanis, teknik nabi sudah pun diaplikasikannya. Ummi tidak marah, tidak menyiasat malah terus menerangkan. Saya balas mesej Ummi di dinding chat saya.
"Itu teknik nabi la tu, yang"
Hihihihi! Untuk kali ini, saya berikan 30 markah untuk Ummi +Milah Adnan!
No comments:
Post a Comment