07 March 2013

"Dilarang bau"

Antara perkara yang suka dilakukan anak-anak saya ialah membaca komik. Komiknya ada yang agak mengarut, ada juga yang "skema". Campur keduanya. Sudah tentu, yang saya beli saya tapis terlebih dahulu. Tetapi yang dipinjam mereka daripada kawan-kawan, itu di luar kawalan saya. Saya tidak mahu terlalu mengongkong, saya biarkan sahaja mereka membaca komik-komik itu selagi ianya tidak memberikan kesan yang buruk.

Saya sendiri pada satu ketika peminat tegar majalah Gila-gila, Ujang, Pedang Setiawan dan pelbagai lagi majalah/komik yang tidak akan dipandang langsung kaum wanita. Heheheh! Bayangkan, saya masih terus membaca komik-komik sebegitu sehingga berumur 23 tahun!

Jadi bila anak-anak ada hobi yang sama, saya hanya membiarkan. Sedikit sebanyak hobi ini menjentik rasa minat mereka membaca bahan bacaan yang lain.

Dan malam ini lanjutan dari hobi membaca komik, Doktor Nur Hanim merekacipta komiknya sendiri. Sebelum ini sudah ada "karya" sebegini tetapi sudah tidak dapat saya cari. Dan kali ini juga berbeza kerana saya selitkan dengan pujian bila kakak Nur Hanim menunjukkan hasilnya kepada saya.

"Cantiknya kakak lukis. Siap ada dialog lagi. Kakak ni kreatif betul. Lama-lama nanti kakak pandai buat komik. Kalau kakak berlatih selalu, lukisan kakak nanti jadi lagi cantik".

Kakak Nur Hanim tersenyum riang. Mahu melukis lagi, cuma saya sudah menguap entah berapa kali menahan kantuk.

Kini sudah berjangkit pada abang dan adik. Ah! Ini lah dia "masalah" apabila anak-anak sudah terdorong. Semangatnya lain macam. Pukul berapa lah agaknya saya boleh tidur ni?

*Hasil kerja kakak Nur Hanim, "Dilarang Bau"

1
2
3
4
5
6
Heeheheheh!


6 comments:

Amri dan Aishah said...

Imiginasi dan ideanya bagus... unsur humornya juga menarik. Tahniah Doktor/ Kartunis Nur Hanim =)

Ijam MY said...

Terima kasih tuan/puan. Balik malam ni saya boleh tengok hasil kerja adiknya pula. Semalam beria menyiapkan sampai jam 10. Heheheh!

依之汉 said...

Saya teringat tentang kisah Imam Hassan Al-Banna mendidik anaknya. Lebih kurang sama seperti yang tuan lakukan.

Beliau memberikan duit perbelanjaan bulanan kepada anak-anaknya untuk membeli apa-apa bahan bacaan. Beliau lihat anaknya khusyuk membaca walaupun bahan bacaan itu tidak berapa elok seperti komik dan lain-lain.

Kemudian setelah anaknya selesai membaca apa yang dibeli, beliau akan meminta anaknya membaca buku-buku agama pula.

Pasti suatu hari nanti anak tuan pandai melukis.

Ijam MY said...

Terima kasih tuan/puan. Menarik kisah yang dikongsikan itu. Mahukah tuan/puan kongsikan dengan saya buku yang sesuai untuk dibaca berkaitan dengan tokoh terbilang ini? Saya lebih sukakan yang berbahasa Melayu, jika tiada, yang berbahasa Inggeris boleh juga.

Jazakallahu khairan.

依之汉 said...

Ada. Tajuknya Risalah Imam Hasan Al-Banna. Boleh dapat sekitar Bandar Baru Bangi. Di Syabab saya rasa ada.

Terbitan DBP pun ada. As-Syahid Hasan Al-Banna. Rujuk di Dawama website.

依之汉 said...

Saya sudah jumpa buku yang saya katakan itu. Ia ada dijual di Pesta Buku Antarabangsa KL.

Tajuknya "Memperingati 100tahun Hassan Al-Banna".

Dijual di booth Tinta Jundi.