***************
Selepas meneguk air suam (air lega, bak kata Iman), Iman seperti mahu menyatakan sesuatu.
"Atam (Pak Tam).. Iman nak balik umah Atok"
"Hah? Kenapa nak balik? Duduk lah sini main kat umah Atam"
"Tak nak. Iman nak balik sekarang!"
Wah! Nada suara Iman sudah meninggi. Anak kecil ini kalau sudah meminta, jangan ditunda-tunda. Mesti dilakukan segera, kalau tidak tunggukan saja tantrumnya.
Saya yang sudah boleh mengagak "jalan cerita" seterusnya, akur dengan kehendak Iman.
"Ok. Iman tunggu kejap ye. Kejap lagi Atam hantar. Atam nak jaga baby ni"
Saya meminta izin Iman. Anak kecil saya yang dikendong hanya terpinga-pinga memerhati.
"Tak nak! Iman nak balik sekarang jugakkk!!!
Ok. Gunung berapi sudah pun meletus. Isteri di sebelah saya tergelak kecil melihat telatah Iman. Masih lagi dalam mood dengan teknik menerangkan sebentar tadi, saya segera mengaplikasikannya. Mudah-mudahan gunung berapi Iman tidak jadi memuntahkan lahar.
"Iman, bila kita nak mintak sesuatu, kita kena minta elok-elok. Tak baik jerit-jerit"
Iman terdiam.
"Atam, boleh tak Atam hantarkan Iman balik?"
Ahahahah! Saya tersenyum. Anak comel ini memang bijak. Bila kita terangkan sahaja apa yang salah dan terangkan yang betul, mudah untuk diikuti. Tidak perlu marah-marah lagi.
"Please?"
Saya menambah.
"Please!"
Iman menambah juga.
Kesudahannya, Iman balik dengan sepupunya Abang Rafiq.
:)